Friday, October 23, 2009

LATIHAN PRAPEPERIKSAAN SETARA 4 BM TAHUN 4 & 5

Latihan ini adalah untuk semua murid Tahun 4 dan 5 yang belajar di SJKC TTCL. Hantar jawaban anda kepada rich_leecw@hotmail.com. Cikgu akan berusaha untuk menjawab semua soalan pada hari Ahad, 25 Oktober 2009. Selamat mencuba!

A. Pilih jawaban yang sesuai.

1. “Buku-buku lama ini saya berikan secara ___________,” kata Jia Xian kepada Ee Ling.

A. ikhlas B. jujur C. amanah D. baik hati

2. Sukaneka tadika itu ditangguhkan kerana cuaca ___________.

A. indah B. mendung C. terang D. hitam

3. Baju yang kerap dipakai oleh adik sudah ____________.

A. kelam B. samar C. suram D. lusuh

4. Bayi comel itu tidur dengan ____________ dalam dukungan ibunya.

A. lama B. diam C. nyenyak D. riang

5. Kari ayam yang dimasak oleh penjaja itu ___________ rasanya.

A. pedas B. kelat C. masam D. sejuk

6. Premalatha tidak pergi ke sekolah tiga hari kerana _________ demam panas.

A. merebak B. menghidap C. meresap D. menjangkiti

7. Sekolah saya ___________ aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.

A. menggerakkan B. memberikan C. memperlihatkan D. mengadakan

8. Adik bongsu saya ____________ apabila ternampak seekor lipas merayap di dapur.

A. menjerit B. meminta C, memanggil D. memukul

9. Xiao Hua akan ____________ pelajarannya ke Taiwan pada minggu hadapan.

A. memecat B. melanjutkan C. menghantar D. menerusi

10. Tiga orang lelaki bersenjatakan pistol telah _________barang kemas di kedai emas itu.

A. melarikan B. membeli C. menutup D. merompak

Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata bergaris dengan betul.

11. I Solehan berasa kecil hati dengan kata-kata ibunya yang berat.

II Datuk dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit berat.

III Saya tidak terangkat kotak yang berat itu.

IV Berat hati Fatimah untuk meninggalkan kampungnya.

A. I, II dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja

B. I, III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

12. I Gunakanlah alamat ini untuk menghantar surat kepada saya.

II Cuaca mendung alamat hari akan hujan petang nanti.

III Tahukah kamu alamat rumah Cikgu Helmi?

IV Penjenayah itu sedang mencari alamat untuk melepaskan diri.

A. I, II dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja

B. I, III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

13. I Cawan yang dipegangnya tiba-tiba jatuh ke lantai.

II Melaka pernah jatuh ke tangan Portugis dan Belanda.

III Jia Ying jatuh apabila namanya tidak diumumkan sebagai pemenang.

IV Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Ahad ini.

A. I, II dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja

B. I, III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

14. I Budak yang masih mentah itu tidak tahu tentang kejadian itu.

II Penduduk kampung gemar makan sayur-sayuran mentah kerana lebih berkhasiat.

III Kelapa sawit merupakan bahan mentah yang paling banyak dieksport ke luar negara.

IV Puan Ngou menegur anaknya kerana nasi yang ditanaknya mentah.

A. I dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

3 comments:

Forver~Janice~ said...

erm.. last year standard5 now nit to do or nt??

CikguRichardLee said...

No need to do previous exercises. Will inform in class/school/blog if the questions are open again and can be answer. Thanks.

Kasumi公主 said...

lol...the questions are really hard...might need some help...