Berikut adalah senarai nama sekolah yang akan menjemput cikgu ke ceramah kecemerlangan BM sekolah.
10/03/12 SJK(T) Simpang Renggam, Shah Alam
24/03/12 Majlis Guru Besar SJKC Daerah Kuala Selangor (Murid HALUS)
31/03/12 SJK(T) Serdang, Serdang
21/04/12 SJK(C) Khong Hoe, Klang
28/04/12 SJK(C) Ming Tee, Tg. Karang
Sekolah-sekolah yang belum membuat keputusan tarikh :
1. SJK(C) Choong Wen, Old Klang Road
2. SJK(C) Chung Wah, Kota Kemuning
3. SJK(C) Ying Wah, Kapar, Klang
Thursday, February 23, 2012
KEPUTUSAN UPSR 2011
Tahniah kepada murid-murid SJKC TTCL yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Berikut keputusan BM :
Bahasa Melayu Pemahaman - 90.24%
Bahasa Melayu Penulisan - 92.50%
Keseluruhan - 83.74%
Kedudukan - No. 2 SJK(C) dalam negeri Selangor.
Tahniah juga kepada murid-murid lain yang telah melayari blog cikgu dan mendapat maklumat serta ilmu yang memanfaatkan semua. Terima kasih.

Saturday, October 15, 2011
LATIHAN PRAPEPERIKSAAN AKHIR
Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif. Hantar jawaban ke e-mel cikgu di rich_leecw@hotmail.com pada atau sebelum 17/10/2011.
1. Saya menunggang basikal ke kedai.
2. Kami mencuci longkang yang kotor semalam.
3. Mereka mencangkul tanah untuk menanam sayur.
4. Pak Chong menangkap ikan di laut dalam.
5. Kamu memetik buah rambutan di dusun Pak Ali.
6. Dia berjaya menjawab soalan yang sukar itu.
7. Saya mengorek tanah untuk menanam pokok bunga.
8. Kita menyanyikan lagu Negaraku dengan bersemangat.
9. Beliau merasmikan bangunan baharu itu.
10.Anak-anak Puan Ngou menonton wayang petang tadi.
Selamat mencuba!!

Friday, October 7, 2011
TIP SEJARAH PMR 2011 MENGENA
Sekali lagi tip-tip Sejarah cikgu mengena. Kebanyakan tip yang keluar adalah daripada Tingkatan 2 dan 3. Anggaran cikgu kali ini 70-80% tetapi kalau berdasarkan kelas intensif cikgu, cikgu rasa hampir 90% perkara-perkara penting yang perlu difokus dan ditekankan oleh pelajar MEMANG KELUAR!
Terima kasih kepada semua pelajar intensif cikgu yang telah menghantar sistem pesanan ringkas(sms), e-mel, perbualan melalui 'facebook' dan sebagainya yang menceritakan kegembiraan dan kepuasan mereka.
Ada yang tidak pernah lulus, kini mendapat A dan B. Ada yang tidak pernah dapat A, kini memperoleh A. TAHNIAH!
Cikgu akan berusaha dengan lebih gigih lagi pada tahun hadapan. Atas sokongan pelajar intensif Sejarah PMR cikgu, cikgu bersetuju untuk membuka kelas intensif Sejarah (Islam) T4 (Sept -Oktober 2012). Keutamaan adalah kepada pelajar intensif tahun ini.
TAHNIAH dan Terima Kasih!!

Tuesday, October 4, 2011
TIP SEJARAH PMR 2011 (Peringkat Akhir)
Tidak ada banyak perubahan pada tip Sejarah. Para pelajar masih boleh menggunakan tip-tip yang telah dimuatnaikkan tempoh hari. Cuma beberapa penambahan/perubahan pada soalan berkaitan Kesultanan Melayu Melaka.
Bab 4 - Pengasasan KMM - faktor Melaka sesuai (ms 48), kegigihan Parameswara (ms 50-51), konsep daulat/Sejarah Melayu (ms 52)
Bab 5 - Kegemilangan Melaka - sistem pembesar empat lipatan (ms 59), pusat perdagangan (ms 61-68), pusat Islam (ms 72-78), perluasan kuasa (ms 82-85)
Bab 6 - Kemerosotan Melaka - kelemahan (ms 91-92) dan usaha Portugis mendapatkan Mel (ms 95-98)
Dicadangkan para pelajar membuat ulang kaji akhir berkaitan bab-bab penting ini pada hari Rabu, sehari sebelum peperiksaan. Setakat ini, kebolehpercayaan tip-tip Sejarah cikgu adalah dalam lingkungan 60%-80% tepat. Untuk para pelajar cikgu yang telah mengambil kelas intensif selama 2 bulan, baca peta minda yang diberikan. Semoga semua pelajar mencapai kejayaan. Sekian.

Sekali lagi, analisis cikgu mengena. Untuk soalan tatabahasa, soalan 1- 3, 5, 6, 8, 10, 13, 14, 18-21, 25-27, 28-30 pernah diajarkan kepada murid-murid yang mengambil kelas tuisyen cikgu.
Format tepat ialah perbincangan, pengalaman, pendapat dan peribahasa.
Tip tepat ialah sambutan Hari Guru.
Tip hampir tepat/sipi ialah novel iaitu perwatakan utama.
Namun berita gembira ialah cikgu pernah mengajarkan karangan yang keluar dalam soalan pada tahun ini seperti ~
1. Faedah memajukan industri pelancongan
2. Melawat ke tempat yang menarik
3. Peranan ibu bapa dalam menentukan kejayaan
anak-anak
4. Aktiviti sambutan Hari Guru
5. Usaha meningkatkan mutu sukan negara.
Tip awal yang diberikan kepada murid-murid kelas tuisyen adalah lebih TEPAT berbanding tip blog cikgu. Namun demikian, tahniah kepada semua murid yang dapat menjawab dengan baik. Terima kasih atas sokongan.
Tip Sejarah mungkin akan dikemaskinikan. Layari blog ini esok.

Friday, September 30, 2011
CERAMAH UPSR 2012
Berdasarkan maklumat yang diterima, sesi ceramah cikgu di sekolah dan bawah penganjuran Kampus Astro (yang banyak membantu) dan tip BM UPSR 2011 yang hampir 100% tepat, cikgu telah mula mendapat permintaan untuk memberikan ceramah di luar negeri Selangor. Jika tidak ada aral melintang, sesi ceramah 2012 akan dijalankan di Tanah Tinggi Cameron dan Ipoh, Perak. Terima kasih atas sokongan!
Subscribe to:
Posts (Atom)